counting days

Followers B2B

Wednesday, April 25, 2012

MINI PELAMIN


Mini pelamin macam mana yang korang minat? Mini pelamin biasanya digunakan untuk majlis tunang atau nikah. Tips untuk memilih pelamin.

1) Sesuaikan ikut majlis. Jika untuk akad, sebaik-baiknya tak perlu kerusi.

2) Ikut bujet. Kalau bujet lebih, boleh ambil yang ada kerusi dan lebih bunga. Nak cantik lagi, guna fresh flowers atau crumple organza sebagai background. Tapi kalau bujet ciput, guna mini pelamin yang ada banyak bantal dan tirai biasa. Yang penting, kemas dan naik seri.

3) Pastikan warna pelamin tak sama dengan warna baju. Pada saya, pelamin mesti ada unsur warna putih. Baru ada seri.

4) Pilih pelamin ikut kesesuaian sudut rumah. Kalau sempit, cari mini pelamin yang simple sahaja.

5) Untuk tampak mewah, cari mini pelamin yang ada extra lighting atau candle. Hah, confirm nampak mewah! Beli sendiri2 pun boleh..

6) Elakkan background guna langsir color2..kalau ada tema warna tertentu, make sure warna tu pada bunga atau bantal atau sedikit campuran pada tirai. Jangan semua tirai color tema. Tak cantik. serius!

Saya nak share gambar mini pelamin yang saya dah terberkenan. Tengok ye..boleh ambil ilham macam mana korang nak design nanti.


Merah Putih selalu tak menghampakan.

Yang ni so sweeettttttt..


Pelamin ni nampak mewah. Dan hot!


Ini yang paling saya suka..nampak fresh. jarang-jarang tunang atau nikah guna warna biru kan? Nice one=)

Tuesday, April 24, 2012

Wanita, Tudung dan Islam

Saya nak share sedikit info mengenai tudung dan pemakaiannya menurut Islam. Saya dapat info ni dari Ustaz Don Daniyal. Best! Penerangan Ustaz Don bagi memang lengkap. Ini antara yang terkandung dalam hujah Ustaz:



"Pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada hingga ke paras pinggang @ sekurang-kurangnya atas pinggang, berselindung, tidak jarang @ transparent, longgar tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi (menutupi bahu)"
Selain itu, Ustaz Don ada juga beri peringatan buat bakal pengantin, ibu bapa pengantin serta bakal suami pengantin jugak: Ini dia..

"Pengantin kahwin masukkan tudung ke dalam, tak pakai tudung hari kahwin Tuhan laknat! Macam mana nak dapat zuriat yang bagus. Tolong mak bapak amik perhatian eh...baju kahwin anak...ehh..maaf naa..saya pesan...tu la saya kata tadi, saya bukan nak tunjuk pandai, saya kena kongsi benda ni. Sebab,

Rugi, kahwin panggil ustaz baca doa untuk nak meraikan dia, tapi pengantin tak tutup aurat stokin tak pakai, hari kahwin Allah laknat, kerana kufur kepada Allah dan ingkar dengan perintah Allah. Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik. Maaf naa...saya cakap lagu tu maaf naa...."

Fesyen..Fesyen jugak. Tapi yang wajib tu kena lah diutamakan. Pakailah tudung yang menutupi dada, tidak jarang, tidak ketat. Saya bagi tips macam mana nak berfesyen tapi masih mengikut hukum syara'
1) Amalkan guna inner cover neck. Sesuai untuk tudung bawal, selendang mahupun pashmina. Boleh tutup leher dan telinga sekali.
2) Kalau beli tudung ekxpress, elakkan pilih saiz S. Selalunya, saiz S ini singkat.
3) Sekarang ni dah jadi trend pakai inner lace. Belilah satu. Boleh pakai dengan tudung express, shawl, pashmina dan bawal. Apa kelebihannya? Boleh tutup anak2 rambut dan pada masa yang sama, ikut trend la. Harga tak mahal pun..
4) Kalau nak gayakan selendang atau pashmina, cuba pilih gaya yang menutup dada. Gaya Hana Tajima? Yuna? Semua boleh..tapi tukar siket la..kat bahagian dada. Kat bahagian kepala..kekalkan:)
5) Pemilihan material? elakkan material chiffon, selalunya jarang. Tapi kalau guna inner cover neck, should be no problem. Elakkan juga material yang lubang-lubang. Selalunya, cotton la yang terbaik.

Sunday, April 22, 2012

8 Rahsia LELAKI

1. Lelaki tidak detail dalam percakapan
Contoh kes:Kakaknye baru saja putus cinta.Bila kita tanyer what’s
his commEnt dia just cakap:”ermm..dah nak putus nak wat camne…”


ALASAN:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja
.


2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi dan minat
Contoh kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game atau bola sepanjang malam sampai ke pagi?


ALASAN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman ketika lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan. Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain. (kurang kelelakian)


3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik, sukan atau aksesori kereta.Contoh kes: Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kereta atau membeli racquet bernilai RM800++ tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok orang pompuan Shopping?


ALASAN:Alat2 sukan, elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duit utk benda2
tue.


4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.Contoh kes: Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!


ALASAN:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga ni tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.


5.Lelaki tidak bergosip Contoh kes:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”


ALASAN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorang,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.



6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh kes:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”


ALASAN:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!


7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam
tangan dan apa saja!
Contoh kes: Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya


ALASAN: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.


8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skirt)-
asalkan bukan kekasihnya.
Contoh kes:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkas
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?


ALASAN:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…

Tips Hubungan Jarak Jauh


Kebelakangan ini, perkahwinan atau percintaan jarak jauh (PJJ) semakin kerap kita dengar. Kisah kawan-kawan, saudara-mara dan mungkin pengalaman kita sendiri. Ramai yang sering give up bila tiba-tiba terpaksa berjauhan atau erti kata lainnya terpaksa mengamlkan "PJJ".. hakikatnya, memang susah nak communicate dan tanam perasaan percaya pada pasangan. Tapi itu bukan alasan untuk kita memutuskan hubungan tersebut. Bagi saya, selagi masih ada perasaan sayang, percaya dan tanggungjawab, masa dan jarak bukanlah halangan untuk meneruskan sesuatu hubungan. Saya nak share tips bagaimana nak wujudkan kemesraan dan mengekalkan hubungan jarak jauh di antara pasangan. Ini berdasarkan pengalaman sendiri, pembacaan dan kisah kawan-kawan. Amalkan yer..

Sebelum nak share tentang tips, jum baca apa kelebihan dan kelemahan PJJ:

Kelebihan:
1) Jimat kos
    Lebih kerap kita berdating, lebih banyak wang yang keluar. Itu adalah fakta. Kalau dapat kawal perbelanjaan, alhamdulillah.

2) Elak bosan
    Kalau hari-hari menatap wajah yang sama dan lakukan aktiviti yang sama, tak mustahil kita akan rasa bosan. bahaya perasaan macam ni...

3) Beri ruang untuk teman
    Kalau PJJ, biasanya kita tak akan menghadapi dilema antara teman atau kekasih. Kita dapat bahagikan masa seadil-adilnya.

4) "dating" akan menjadi lebih bermakna
    Bila jarang berjumpa, kita akan lebih mengharga detik bersama pasangan. Setiap masa begitu berharga. Mesti nak habiskan dengan cara yang paling romantik dan bermakna. Kan sweet mcam tu.

Keburukan:
1) Cenderung untuk curang
   Ada potensi untuk curang sebab kita tak bersama dengan si dia 24 jam. Segala aktiviti si dia hanya dapat dipantau jika dia memberitahu kepada kita. Tapi, kalausi sia pasang scandal, mustahil dia berterus-terangkan?

2) Rasa insecure
   Kita akan sentiasa diselubungi dengan 1001 persolan dan syak wasangka. "Dia tengah buat apa?" "Kenapa tak return call?" "Dia ada orang lain ke?" "Dia dah tak sayang aku? Ingat aku?" Huhuhu...takut nak bayangkan situasi ini.

3) Terasa hati a.k.a kecik hati
   Sebab dah berjauhan, bersyak wasangka, mula la kita akan berjauh kati. Lebih teruk lagi jika pasangan tidak pandai memujuk atau tak faham hint kita berikan. Memang selalulah kita akan makan hati berulam jantung.

4) Selalu berharap
   Bila kita berjauhan, keadaan sekeliling akan banyak memberi kesan kepada emosi kita. Apabila kita lihat pasangan lain "dating, atau teman sepejabat dapat jambangan bunga, kita mesti teringin nak rasa macam tu kan? Mula lah kita berharap pasangan kita akan lakukan perkara yang sama. Kadang-kadang, kita request untuk dia buat sedemikian. Kalau pasangan tak layan, apa lagi, merajuklah hati.

5) Sukar terima perubahan
   Tidak bertemu untuk tempoh yang lama pasti akan mengundang perubahan. Ada sesetengah individu yang tidak boleh terima perubahan walaupun sekecil zarah. Dalam hidup, pasti akan ada yang berubah. Mesti belajar menerimanya. Jangan berubah hati, itulah yang paling ditakuti.



~~TIPS PJJ~~



1) Pastikan berhubung setiap hari
    Walaupun tidak bertemu, tapi kita masih boleh berkongsi cerita, meluah perasaan melalui medium lain seperti sms, call, skype dan chatting. Zaman dah moden. Kita ada facebook untuk share gambar, ada skype untuk webcam, YM kalau nak chatting dan semestinya handphone untuk calling2..ehehe jangan berat hati untuk menghubungi pasangan. Tidak kisah lah siapa mulakan dulu, yang penting..jangan lost contact!



2) Simpan gambar buah hati
    Nampak macam kolot, tapi sebenarnya inilah yang memekarkan perasaan buat si dia. Kalau simpan gambar dalam handphone, purse, diary..ke mana kita pergi pun kita akan bawa si dia bersama. Memanglah si dia dah melekat dalam hati, tapi kalau kita bawa "hardcopy"nya bersama, makin kerap perasaan rindu tu datang. Tak percaya? Cuba la..kita akan makin ingat pada si dia. Susah lah nak curang.


3) Jangan lupa tarikh penting
    Kalau dah berpacaran, mestilah kena ingat tarikh-tarikh penting. Contohnya hari lahir, anniversary, tarikh first time berjumpa etc. Kan sweet kalau kita ingat perkara-perkara yang pernah buat kita happy dengan si dia. Selain tu, kita dapat flash back detik-detik romantis. Makin mekarlah sayang.. Si dia pun berbunga-bunga kalau kita sentiasa ingat pada dia.


4) Buat kejutan
    Kejutan yang dimaksud mesti dibuat sekali sekala. Kalau hari-hari buat, mungkin boleh buat pasangan rasa kurang selesa. Sebulan sekali ok la. Contoh? Hmm..tiba-tiba kita pergi melawat si dia kat sana. Tak pun, hantar kad yang cute atau romantik, bunga atau cupcakes yang tulis nama dia.. jangan lupa pesanan romantis. Sekali sekala, apa salahnya. Nama pun bercinta kan..


5) Mesti ada panggilan manja
    Yang ini terpulang pada individu. Ada yang panggil sayang, ada yang panggil bushuk, ada yang panggil anje, ada yang panggil honey, ada yang panggil hero..terpulang! Jangan berat mulut dan jari nak panggil  atau taip panggilan manja macam ni. Inilah yang mengeratkan hubungan pasangan. InsyaAllah. Panggilan manja hanya untuk yang teristimewa tau.


6) Dekatkan diri dengan keluarga atau rakan baik si dia
  


  Why? Kenapa kita mesti dekatkan diri dengan keluarga si dia? Ha..inilah strategy. Kalau kita dah terikat dengan keluarga dan rakan-rakan si dia, tak boleh lah dia nak "macam-macam" dengan kita. Selain itu, apa-apa perkembangan terkini tentang si dia pun kita boleh update tanpa perlu bertanya pada si dia. Extra point! Tak salah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Keluarga dia, keluarga kita. Kawan-kawan dia, kawan-kawan kita jugak.







7) Selalu amalkan baca artikel tentang hubungan percintaan atau perkahwinan
    Untuk mengekalkan perasaan percaya dan sifat-sifat positif dalam hubungan, kenalah rajin baca artikel atau buku motivasi dan tips2 percintaan dan hubungan. Dari situ, kita dapat tahu kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri masing-masing. Penting! Jangan ambil enteng point ke 7 ini. Kalau baca entry saya ni, boleh dikira sebagai tips jugak..hehe


8) Doa pada Yang Esa
   Ini adalah ibu untuk segala kebahagian di dunia. Sebelum mencintai pasangan, mesti mencintai Allah. Jika ingin kebahagiaan hakiki, pohonlah pada Allah. Minta keberkatan dalam hubungan, dikekalkan rasa percaya, kasih dan setia dalam diri kita dan pasangan. Jangan tinggal solat. Amalkan amalan dan ibadah sunat yang lain. InsyaAllah..bahagia di dunia, bahagia di akhirat kelak.

9) Penuhi masa dengan aktiviti baru
   Bunyi macam pelik kan? Sebenarnya, perasaan bosan mesti akan hadir dalam sesebuah hubungan. Jika kita asyik mendekati pasangan dengan cara yang sama, kisah yang sama, aktiviti yang sama, kadang-kadanga perasaan bosan ini boleh hadir. Jadi, cubalah aktiviti baru seperti kelas memasak, aktiviti lasak, menjahit, bersukan dan sebagainya. Nanti, bolehlah kongsi kisah dan pengalaman baru dengan pasangan. Dia pun mesti teruja nak dengar.

10) Jaga kecantikan diri
   Ini pun penting. Mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan diri, tak kira lelaki mahu pun wanita. Yang lelaki mesti kacak 24 jam, yang wanita perlu cantik 24 jam jugak. Amalkan petua-petua kecantikan, awet muda dan penggunaan produk kecantikan seta kebersihan secara berterusan. Siapa tak sayang kalau pasangan sentiasa nampak cantik dan handsome?? Cantik itu subjektif. Kalau hati dah sayang, dia akan terima kelemahan dan kekurangan kita seadanya. That was so true! Tapi, jangan ambil kesempatan. Mesti berusaha jugak untuk improve kelemahan diri. Untuk para wanita, rajin-rajinlah pergi spa, pakai masker, beli pakaian dan aksesori, wangi selalu.. Si dia mesti suka. Lelaki suka perempuan cantik. kan?





Friday, April 20, 2012

Kenapa lambat bertemu JODOH?


Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Kadang-kadang, usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.


Oleh itu, persiapkanlah diri. Dekatkan diri dan hati dengan Allah. Saya juga selalu mengamalkan solat hajat, tahajud, sunat taubat. Selain itu, saya mengamalkan membaca ayat suci Al-Quran setiap hari, kebiasaannya selepas solat Maghrib. Mengadulah dengan Tuhan, insyaAllah akan diperkenankan bila tiba saatnya. Percaya dengan ketentuan Maha Esa.. akan saya tunggu saat itu.. permudahkanlah jodohku Ya Allah..aminnn..

Henna & Inai


Saya suka tengok inai henna pada tangan dan kaki pengantin. Pada mata saya, nampak seksi dan menyerlah. Inai yang ringkas macam amalan nenek moyang pun cantik jugak. Simple, kemas dan naik seri. Apa beza henna dan inai?

Haa..meh sini saya terangkan. Inai ni biasanya yang ditumbuk atau digiling dan diletakkan pada jari-jemari si pengantin. Warna inai selalu nya lebih merah, bergantung juga pada warna darah. Ada juga yang letak inai pada rambut untuk mewarnakan uban. Sebab dalam Islam, haram mewarnakan rambut dengan warna hitam atau sebarang pewarna yang air tidak boleh menembusinya. Itu berdasarkan kefahaman dan bacaan saya.

Henna pula biasanya diamalkan oleh kaum india, seni inai yang dilukis dengan pelbagai corak abstrak mahupun bunga-bungaan dengan menggunakan alat khas yang runcing dihujungnya. Takut ada yang salah faham. Henna atau inai adalah sama sekali berbeza dengan tatu. Tatu adalah bersifat kekal dan haram dalam islam. Henna dan inai biasanya hanya dapat bertahan paling lama pun sebulan kot.

Diingatkan, saya pernah membaca hukum untuk lelaki memakai inai adalah haram kerana menyerupai perempuan kecuali dalam keadaan darurat. Boleh dapat penerangan lanjut di blog lain atau merujuk pada yang pakar. Saya sekadar berkongsi tentang apa yang saya pernah baca dan dengar.


..Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

Maksudnya

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”(Hadis riwayat Muslim).

Apa hukum memakai inai? Ok, saya ada baca dari satu blog ni. Penerangannya memang baik dan meyakinkan. Boleh baca kat bawah ni:

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan
Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:


Ertinya:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

sumber: http://macamacamla.blogspot.com/2012/04/hukum-menggunakan-inai.html

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Saya nak highlight KESIMPULAN daripada ulasan dan penerangan di atas, Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu. Oleh itu, kepada yang berhajat nak pakai inai lukis atau henna, please make sure:

1) Mendapat keizinan daripada suami anda
2) Bahan inai yang digunakan adalah halal dan berwarna merah
3) Lukisan atau corak tidak mempunyai motif tertentu yang bertentangan dengan hukum syara'
4) Janganlah berlebih-lebih dalam berinai. Cukup untuk tatapan suami dan berhias.

Sekian, terjawab sudah segala persoalan. Boleh lah memakai inai dengan penuh yakin dan teruja. Jum, sharing!! Ini antara corak henna yang saya dah berkenan. Boleh tiruuuuuuuuuuuuuuuuuu..yeehaaa!!




Cantik! Cantik! Cantik!



Inai Ayu raudhah pakai ni paling cantik..pada mata saya la.





Inai kaki corak ni simple..ok la untuk orang melayu kan? ehehee





Corak ni nampak crowded tapi bila dah siap dan dalam gambar, lawa pulak dah.



ni pon cantiks..tertarik wo!!


Biasanya, pelukis inai henna ni ada kat tiap2 negeri. Tapi kalau nak yang terbaik, kadang-kadang kena import dari negeri lain..selalu terjadi kan? hehe kena bayar extra utk kos transport dan penginapan. hmm..tak jumpa lagi pelukis henna best2. Akan berusaha mencari...mesti ada punye. Chaiyo'2!!

Doa Pengasih dan Mengubat Kekecewaan


"..Katakanlah jikalau engkau (seluruh umat manusia) mencintai ALLAH sebagai Tuhan maka ikutilah para kekasih2 ALLAH dan ALLAH akan mengampuni seluruh dosamu (seluruh/semasa hidup),dan sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.." (Surah Al-Imran)

Cinta itu milik Allah. Perasaan kasih dan sayang juga datang dari Allah. Cintailah Allah dan Rasul sebelum kamu mencintai insan lain.

Doa ini diberikan oleh sahabat karib saya untuk diamalkan. Harus diingatkan, doa ini bukanlah untuk membalikkan hati atau mengubah takdir Allah. Ia adalah amalan untuk melembutkan hati orang yang kita sayang agar mengasihi kita.

Amalkan membacanya selepas solat lima waktu diikuti dengan bacaan Al-Fatihah sebanyak 3x dan sebutlah nama insan tersebut. InsyaAllah..dia juga akan mendengar doa dan permintaan kita kepada Allah.

Jika ditakdirkan Allah dia adalah jodoh kita, tidak akan ke mana.. yakinlah dengan takdir Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Jika kita ingin mendoakan jodoh untuk orang lain, amalkanlah doa di bawah:


Dan jika kita dilanda kekecewaan atau patah hati, amalkanlah doa berikut: 


Jika inginkan sesuatu, pohon lah dengan kesabaran. Allah Maha Mendengar. Yakinlah dengan takdir Allah. Jika kita ditakdirkan tidak memilikinya, mungkin itu adalah yang terbaik buat kita.

DIANTARA SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIPERKENANKAN
Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;
“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya
2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).
3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)
4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya
5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka
6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana
7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana
8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya
9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri
10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”
Wallahu’alam….





Thursday, April 19, 2012

"Photographer- mohd razali"

Bercerita tentang photographer, jangan ambil mudah ye. Bagi saya, bab gambar dan photographer ni la yang saya PALING PALING nak yang terbaik selain catering dan make-up. Hmm..saya dah survey banyak blog, fb wedding fotographer kat Malaysia ni, baik Semenanjung mahu pun Sabah Sarawak. Ada jugak saya tengok hasil sentuhan jurugambar yang dah established, wedding artis pun dia pernah shoot. Gambar memang tip top! Tapi harga pun tip top top la ehehe..ingat!!! Belanja berpada-pada..ikut keperluan. So, saya nak promote kat korang, Jurugambar yang saya memang dah jatuh cinta la dengan hasil karya dan bakat dia. Harga tu, berpatutan. Masih mampu untuk golongan sederhana seperti saya ni. Jum tengok, siapa jurugambar yang saya dah "fall in love" nie..hehe

Korang tengok and JUDGE sendiri. Definitely you will love him and his touch!! ^^,V
























Cantik kan? Kan kan kan? Saya pun rasa macam tu. Nak kenal dengan siapa Encik Razali nie..boleh baca profile dia kat bawah:



"The name is Mohd Razali Hamid, but to make things easy you may perhaps call him Razali. He was born in 1984. He is live in a lively little town Ayer Hitam, Johor. Capturing dramatic and precious moments at weddings are his passion. He has started as a freelance photographer.
A rising starlet in the industry who endavor every sweat to his passion, Razali ussually bring his camera everywhere he set out and snap stunning moments that cought his eyes. He assumed to be ’self-though person’, having skilled himself all he distinguish on the matter of photography, lacking any supervision by the ordinary means. Wholehearted concerning his effort, each photographs has its possess story to put in the picture.."

kalau berminat untuk dapatkan sentuhan Razali ni, boleh view website beliau http://mohdrazali.com/ . Saya dah decide, korang bila lagi??

Pelamin PILIHAN!!

Saya memang mengikuti trend pelamin setiap tahun. Sejak involved  dengan team yang incharge wedding kakak dan abang, saya perhatikan, trend dan tema setiap tahun memang berbeza. Makin lama, makin WOW. Orang biasa pun mampu jadi macam princess..macam artis..macam orang kenamaan walaupun BUDGET x mahal mana pun. Yang penting kreatif dan berbelanja secara berpada-pada. Ok, jum tengok antara koleksi pelamin yang saya dah short-listed. Ahaks! Focus pada kerusi yang digunakan. Hari ni, saya nak bercerita tentang kerusi pelamin dulu. Saya memang minat dengan "Chaise Lounge" chair..nampak mewah. Artis pun ramai yang guna kerusi jenis ni..macam Ayu Raudhah, Elyana, Tomok..memang cantik!


Saya paling berkenan dengan Chaise Lounge Chair design macam ni. Cantik sangat. 

Pelamin ni konsep moden. Berlatarkan putih..Chaise Lounge putih jugak..putih kan lambang kesucian. Bila digabungkan dengan warna tema majlis, pasti menarik. Warna pun boleh masuk..sesuai jer.

Yang ni. one of my favourite. Unik dan kemas. Kalau pengantin pakai baju yang sarat dengan labuci atau veil yang labuh sampai ke lantai, takkan beri masalah. Confirm menyerlah..

Yang ni simple, but nice. Untuk e-day pun ok jugak.

Kalau suka kan konsep tradisional, kerusi jenis ni sesuai la. Ada kerawang kat bahagian penyandar. Color cream dan gold. Memang tradisional habis.. Cantik jugak.

Ini pun lain dari yang lain. Sesuai untuk wedding yang berkonsepkan moden.


Haaa...ni pun i loike berkali-kali la..hehe sesuai dengan tema pilihan hati..purple :)

Kalau tengok trend kerusi pelamin yang lepas, ada yang konsep macam ekin-mawi..senang cerita jenis satu-satu la. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Ikut kesesuaian. Kesesuaian yang saya maksudkan, mesti sesuai dengan susuk badan pengantin dan tema majlis. Jum tengok yang ni pulak!!


Kerusi jenis ni tak rendah dan tak tinggi. Sedang-sedang aje..

Ini la kerusi mawi-ekin. COLOR x sama ok..tapi design lebih kurang.


Dua pelamin yang atas ni guna kerusi yang lebih kurang sama cuma warna dan konsep pelamin berbeza.

Banyak yang dah dikongsikan. Sekarang, cuba pilih kerusi jenis mana yang sesuai dengan pelamin, pengantin dan tema. Fikir-fikirkan ye. Saya dah buat pilihan dah..:)