counting days

Followers B2B

Friday, March 29, 2013

D.I.Y: Hantaran Asam Garam Gula orang PERAK

Ramai yang dah lupa dengan adat yang satu nie. Kenapa orang dulu2 mesti akan sertakan garam, gula dan asam bersama cincin atau tepak sireh ketika meminang??

Dipercayai, lumrah dalam perkahwinan... ada rasa manis, masin dan masam. Pahit??? Nauzubillah...dielakkan la kalau boleh. So, macam mana nak gubah asam, garam, gula nie mengikut cara orang dulu2..tapi dimodenkan sedikit??? hehehe zaman sekarang ni, semua letak dalam cawan jer..abes cite. Tapi, yang unik nya tentang cara dulu2, kita kena ambil tahu jugak..especially... ORANG PERAK ye..



GULA = LABU
GARAM = BAWANG PUTIH
ASAM KEPING = BUNGA


Ini bahan2 nya.. asam keping, garam, gula.

Plastik pembungkus tesco, dawai saiz 28, daun labu, getah, gunting dan pita pelekat color putih, kuning, hijau.


Letakkan gula atas plastik tesco dan bungkus.


Ikat dengan getah.


Guna getah untuk bentukkan alur seperti labu untuk gula..dan bawang putih bagi garam.

Balut dengan pita pelekat putih untuk bawang putih

Balut dengan pita pelekat kuning dan hijau untuk labu..

Untuk asam keping, balut dengan plastik, lilitkan dengan pita pelekat kuning dan bentukkan seperti bunga. Letak daun labu..lilitkan bagi kemas. Letak bekas cincin. Jadilah seperti di atas. Nampak macam susah..tapi dalam 3 jam, siap semua. Sorry, gambar macam tak lengkap sangat, harap apa yang saya sempat snap ni membantu.




Wednesday, March 27, 2013

PENCUCI MULUT UNTUK MAJLIS- ROJAK BUAH

Hye guys.. hari nie nak share pasal kuah rojak...nyum2. Majlis saya nanti, dah ada yang nak sponsor kuah rojak. KUAH ROJAK AIRYSS... yang specialnya, tanpa belacan tau. Yang saya diberitahu, KUAH ROJAK AIRYSS nie baru lagi di pasaran.. Saya disponsor untuk promote kuah rojak nie jugak.. Jum tengok!!!!!!





Boleh dimakan dengan macam2 jenis buah...hmm saya nak guna sengkuang, jambu air, mempelam, timun dan nanas. Perghhhh...sedappp...

Kalau berminat nak beli..atau nak hidang time majlis wedding, hari keluarga, atau events lain... memang deorang ada sediakan Catering. Nak jadi dealer pun boleh jugak.. Nak beli borong atau runcit pun dialu-alukan. ok, tugas saya dah selesai. Boleh refer link nia kalau nak tahu lebih lanjut...Sila LIKE yer kawan2. ehehe KUALITI & HARGA memang berbaloi-baloi.. home made la katakan..resipi turun temurun.

https://www.facebook.com/pages/Kuah-Rojak-Airyss/117093491776704


Monday, March 25, 2013

MERISIK DAN DIRISIK 240313

Alhamdulillah..selesai jugak majlis pertama untuk saya untuk tahun 2013, iaitu DIRISIK. Rombongan ramai jugak..dalam 8 orang dewasa, 3 orang kanak2. Kawan-kawan terdekat pun ada datang memeriahkan. family pun semua ada..almost 20 orang jugak. Memang thankful dan terharu sangat2. Total belanja habis untuk majlis nie..

Catering: RM320
Gulai+Rendang+Pulut Kuning: RM150
Hantaran: RM100
Baju+Tudung: RM80
MUA: Free
Photographer: Free
Cake: RM50
Cupcakes: RM60

TOTAL: RM760

Hantaran dari pihak lelaki ada 3....

sepasang kain+tudung

cincin+asam+garam+gula

halwa betik

Dari pihak perempuan balas 2....

pulut kuning dan rendang

crepe pelbagai perisa




Okla..semua berjalan lancar seperti yang dirancang. First time jumpa keluarga bakal hubby..huhu memnag neves time salam. Tapi, sekarang dah mesra dah..hehe

Menu untuk hari risik tu, Gulai Ikan Bawal, Ayam masak kicap, Sayur kacang panjang+tempe, Ikan goreng, Ulam+Sambal Belacan, Air Oren+Sirap, Buah Oren+Tembikai.Tak lupa, pulut kuning dan rendang. Banyak jugak yang balance, kami bagi tetamu tapau balik.. Family saya memang memntingkan bab makan..memang superb.

So, itu jer nak share..semua perancangan ditentukan oleh Tuhan. Doa je yer...


Calon-Calon Wedding Doorgift

1) Kekacang dari Mesir diletakkan dalam plastic box macam kat bawah nie. KOS: RM2. Kena bungkus dulu kacang dalam plastic, baru letak dalam bekas. Tampal sticker. Renyah siket..tapi memang valuabe sebab kacang dari mesir kan..memang sedap pun. Mahal kat sini..


2) Pengepit kuku. KOS: RM1.50. Tampal sticker..siap!


 3) Yassin Pocket. KOS: RM1. Boleh bungkus dalam karung net, tampal sticker. Simple jer..orang baca, kita dapat pahala.



Telur memang wajib bagi. Untuk budak2, bagi choc jer. Perlu ke kita bagi makanan sebagai doorgift ek?? Saya macam nak bagi dua-dua..tapi over budget. So, nak pilih salah 1 di atas.

Sunday, March 24, 2013

Rumpai Laut dan Kolagen









Sejauh mana keberkesanannya? Saya dah try, so far memang nampak perubahan pada kulit. Ini sedikit info saya nak share.

Apakah Kebaikan Collagen Asli/ Rumpai nie?.
  • Menjadikan kulit anjal, tegang.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Warna kulit seimbang.
  • Kulit bersinar, cerah, muda.
  • Memperbaiki sel badan.
  • Melawan radikal bebas.
  • Mengurangkan pigmentasi.
  • Memutihkan kulit.
  • Kulit lebih lembap.
  • Kulit lebih halus dan licin.
  • Mengurangkan masalah joint seperti inflamsi, sakit.
  • Tulang dan gigi menjadi aktif dan sihat.
  • Pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat. 
  • Tanpa pewarna dan perasa yang membahayakan - Rasa Asli dari sebenar.


Mengikut kajian saintifik usia yang terbaik untuk mengambil kolagen apabila memasuki fasa 20 tahun     keatas. Bagaimanapun pemilihan kolagen mengikut kemampuan dan keberkesanan? Ini kerana badan kita memerlukan kolagen jenis 1 (kulit ), jenis 2 (sendi, tulang ) dan jenis 3 (keanjalan ). Tidak semua kolagen di pasaran mempunyai 3 jenis di atas. Keistimewaan kolagen asli ialah ianya lengkap dengan ke semua 3 jenis kolagen diatas malahan kadar penyerapannya ialah daripada 1000 – 1500 delton penyerapan badan sekaligus ia adalah penyerapan yang sempurna.


Kat pasaran, rumpai color kuning dan purple dijual dengan harga berbeza. Umumnya, rumpai color kuning adalah untuk kecantikan, purple pulak untuk kecantikan dan kesihatan. Sebab tu color purple lebih mahal.

Mana nak beli????? Murah?? Saya dah cuba. Saya tolong B2B yang lain...boleh order dengan saya.


Rumpai Kuning

Rumpai Purple


HARGA: Rumpai kuning - RM7 (100g)
Rumpai purple - RM10 (100g)

HARGA BORONG:
500g = RM25 (termsuk postage)
1kg = RM35 (termasuk postage)


BERMINAT??? tinggalkan email yer...









Thursday, March 14, 2013

Hukum Bersanding dan Menepung Tawar

Ini conversation saya dengan mak pada suatu hari....

SAYA: Mak, kalau waa taknak tepung tawar masa wedding nanti, boleh?

MAK: Kenapa pulak? Tak meriah la nanti..

SAYA: Kan dalam ISlam banyak menentang..takut jugak.

MAK: Dari majlis akak2 dulu, ok je. Itu kan adat.

SAYA: Ok, kalau buat jugak..taknak guna beras kunyit. Nak guna air mawar dengan bunga rampai jer..boleh?

MAK: Terpulanglah. Kalau ada lagi meriah.


Hmm..mesti ramai yang mengalami situasi macam saya ni. Antara adat dan agama. Ada blog yang saya baca, semuanya menggariskan hukun bersanding dan tepung tawar ni haram..syirik. Tapi,ada juga ustaz yang bagi ulasan dalam bentuk yang lebih boleh diterima, tidak keras bunyi nya.

"..bersanding hukumnya harus jika tidak mendedahkan aurat, dengan niat untuk memberitahu orang ramai pasangan sudah bernikah, tiada unsur pemujaan dan tiada unsur riak..."

pasal tepung tawar pulak..ada seorang bloggers sudah merujuk hal ni pada ustaz dan ustazah..lepas baca blog nie, rasa lega. TETAPI..saya tetap nak bertanya dengan ustaz sendiri jugak kalau berpeluang. Macam yang kita sedia maklum, ISLAM ni tak menyusahkan kita. Berbalik juga pada niat...DAN kita jugak tak boleh senang-senang menukar hukum.

Soalan daripada pihak aku:
Boleh tak Ustaz kupaskan isu adat merenjis/ tepung tawar. Keluarga saya inginkan adat ini dikekalkan sewaktu walimatulurus saya nanti. Hanya menggunakan bunga rampai dan air mawar. Mereka kata dengan niat suka2 saja. bagi meriah lagi majlis.

Jawapan daripada beliau:
Kalau biasa-biasa saja adalah harus. Tapi kalau ada niat untuk menolak bala atau jampi serapah, adalah haram. Jadi, yang dibuat dalam majlis kawin atau khatan adalah harus, kecuali melampaui batasan syarak.

Kekeliruan ini turut dihuraikan oleh jiran aku.
waktu meeting sempena majlis aku.
Jiran yg juga ustazah.
benda ni semua tak jadi salah pun. yang salah kalau dibaling beras atau segala makanan. kan membazir namanya tu.


So, kalau ada yang nak share info..silakan..

Wednesday, March 13, 2013

"Hantu Eye Bag"

Takut tak dengar? ahahaha Actually, entry kali nie nak cerita tentang eye bag.

What is eye bag? 


Eye bag ni ialah kantung atau gelembung bawah mata yang terjadi apabila mata hilang keanjalan kolagen, lesu dan tak bermaya. Makin bertambah usia, makin senang dapat eyebag. Kalau yang lebih kronik, kombinasi ayebag dengan lingkaran gelap bawah mata..memang sangat-sangatlah tak cantik.

Eye bag terjadi disebabkan beberapa faktor..ini mengikut yang saya baca yer..

1) Peningkatan usia
2) Terlalu lama mengadap komputer
3) Kurang tidur
4) Kurang minum air putih
5) Banyak makan makanan pedas dan berempah


So, macm mana nak over-come masalah nie?

1) Eye treatment. - Yang berduit, jangan berlengah lagi..boleh jalani teratment..laser, cream dan sebagainya di pusat kecantikan

2) Tea Bag - Untuk jimat kos, guna tea bag..malam2 sebelum tidur, lembapkan dan letak pada mata.




3) Timun - Yang ni common..semua orang tahu kot.



4) Eye collagen mask - Saya tengah mencari benda nie..produk dari korea. Korang google la. Tak mahal pun..hehe macam best jer.



5) Eye gel - Yang jenis cream ada, roll pun ada.. Garnier. Itu yang saya suggest..guna waktu pagi sebelum ke tempat kerja. 




Jum cuba..nak cantik, kenalah rajin. Untuk bride to be, 3 bulan sebelum hari nikah..haaaa...pulun buat yer..Banyakkan minum air kosong..BAGUS. Selamat Mencuba!!!!!!

Tuesday, March 12, 2013

Belanja Untuk Kahwin

Saya ada terbaca mengenai hal belanja kahwin di blog http://www.sabri.me/category/rancang-kahwin/

So, saya nak share dengan semua. Bila nak kahwin, memang inilah perkara yang akan menghantui fikiran semua bakal2 pengantin? yer tak??

Jum baca...

1) apa pendapat korang? Patut ke kita had belanja, jadi kedekut dan berhati-hati untuk berbelanjadalam majlis kahwin,demi kehidupan selepas kahwin nanti?

2) Biasanya, kalau belanja bawah RM10k, majlis memang simple sangat..tapi sangat bagus untuk future financial planning. Kalau belanja RM15-25k, macam common sekarang. Saya pun tergolong dalam group nie..huuu..korang? Kalau belanja lebih dari RM30k, memang kategori mewah la..berkemampuan.

Korang komen la..boleh share total belanja korang sekali..anggaran. Saya memang nak dengar pendapat dari B2B yang lain. Rasa macam diri buat salah pulak bila baca entry2 orang yang sangat berjimat cermat dalam berbelanja nie...huhuhuh yela..tak dapat jadi macam deorang..

Perbelanjaan dari RM 10,004 – 13,500
Bajet dalam lingkungan ini cukup untuk pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang minimum dan banyak trade-off terpaksa dibuat untuk mengutamakan perkara yang betul-betul penting sahaja.
Perbelanjaan dari RM 13,501 – 22,500
Bajet dalam lingkungan ini memungkinkan pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang cukup-cukup . Beberapa trade-off masih perlu dilakukan dan pengantin perlu memilih apa yang betul-betul bermakna untuk mereka sahaja.
Perbelanjaan dari RM 22,501- RM 30,000
Dengan bajet sebanyak ini majlis impian pengantin dapat diadakan dengan lancar. Walaubagaimanapun, pengantin masih tidak boleh bermewah-mewah. Pada saat-saat akhir, satu atau dua trade-off mungkin perlu dilakukan bergantung kepada tahap berjaga-jaga bakal pengantin dengan bajet yang telah diperuntukkan.
Perbelanjaan melebihi RM 30,000Dengan bajet sebanyak pengantin dapat mengharapkan sebuah majlis yang meriah dan lancar. Persediaan sebelum dan selepas pun dapat diaturkan dengan baik untuk keselesaan kedua-dua belah keluarga. Bahkan keluarga jauh yang datang dari luar kawasan juga dapat diberikan bantuan dan kemudahan untuk memudahkan mereka menghadiri majlis kahwin pengantin. Pengantin juga mempunyai pilihan untuk outsource pengurusan majlis seperti ini kepada wedding planner atau mengadakan majlis di dewan-dewan berbayar.

Monday, March 11, 2013

Next Weekend..

Berdebar tunggu Ahad depan. Majlis Merisik. Hmm..so far, ini la checklistnye..

1) Halwa Betik: DONE
2) Kek Caramel: DONE
3) Menu untuk tetamu: PENDING
4) Pulut Kuning+Rendang: CONFIRMED
5) Gubahan Dulang: PENDING (tapi idea dah confirmed)
6) Cincin: DONE
7) Baju+Tudung: DONE
8) Tetamu: DONE