counting days

Followers B2B

Monday, April 29, 2013

Cara menurunkan berat khusus untuk pengantin

Tajuk entry saya memang hangat kan??? hehehe saya menulis sebab saya amalkan jugak. SEMANGAT nak turunkan berat. ada 8kg lagi nak buang...syuhhhhh!!!

Ada 3 blog yang boleh membantu korang..and recently, saya dah ikut 1 lagi blog. Check it out!!!

  1. Blog Kevin Zahri http://kevinzahri.com/ (personal trainer)
  2. Blog Susu Sejat http://sususejat.com/ (pengamal diet kalori secara sihat)
  3. Blog Zaki Khan http://zakikhan.net/ (personal trainer)
  4. Blog Diane Sera http://dianesera.blogspot.com/ (pengamal diet sihat, pengikut kevin dan zaki khan, kini seorang personal trainer)

Dari blog yang saya senarai kan kat atas, korang boleh cari:

  1. Apa itu diet kalori??
  2. Senarai makanan dan kalori masing-masing.. boleh tengok di cekodok.com jugak
  3. Jenis senaman yang sesuai dan tidak (eg: siapa sangka plank jauh lebih baik dari sit up yang kita selalu amalkan???) cari lah..
  4. sumber inspirasi...ada ramai yang lose weight dengan cara sihat. sila baca dan inspired yer. heee~~
  5. Aktiviti sihat untuk diamalkan...gaya hidup yang sihat la maksudnye.
  6. Last but not least..boleh join  contest atau aktiviti yang deorang anjurkan. Beli e-book pun boleh jugak. Dalam masa yang sama, dapat bersosial tukar-tukar pendapat dan pengalaman.

Harap dapat membantu ye. Daaaaaaaaaa....saya memang pengikut tegar sebab nak kawen. muahahaha.

Bunga Tali Rafia

Tengok gambar kat bawah ni elok2..


kreatif tak???

it reminds me..zaman dolu2...tengok makcik2 buat bunga tali rafia nie, untuk hias kat rumah. Saya pun pernah try..buat bunga tali rafia, bunga straw...


ACTUALLY, ada perubahan plan. setelah berbincang, tak jadi nak letak telur dalam bekas doorgift sebab akan melambatkan proses membungkus..yela..telur kan tak tahan lama. so, takes time nak siapkan dalam 2 hari.


datang la 1 idea nie..lepas tengok blog xora..dia buat style dulu..telur cucuk kat batang pisang. siapa nak, ambil jer..baik saya buat macam tu.

Jadi, saya kena prepare banyak bunga telur..kalau boleh nak buat sendiri. Dalam kepala otak, nak guna saki baki crepe paper..cuma buat design yang senang..then, nak tambah bnga telur tali rafia..hehehhe

kena siapkan sebelum puasa. seal kotak!!!!! done. hehehhe

x sabar nye..

jum tengok gambar-gambar bunga kat bawah..inspired dari http://lipislady.blogspot.com/2011/07/hobi.html





Rumpai Laut Collagen Murah Di Malaysia



Macam dalam post saya sebelum ni, klik sini... http://saya-mahu-kahwin.blogspot.com/2013/03/rumpai-laut-dan-kolagen.html, saya ada tolong kawan promote rumpai laut dia.

Dia memang orang sabah, dan memang cari dan keringkan sendiri rumpai2 tu. Kiranya, dia supplier la.
Thats why dapat harga murah..tiada harga orang tengah.

500g = RM25 include postage
1kg = RM30 include postage

which is, DIA menggalakkan beli 1kg berdasarkan harga dia letak..hehehehe pandai2 je ek.


Persoalannya di sini...sejauh mana keberkesanan kolagen ni? Secara jujur, walaupun saya tolong jual, saya tak rasa wujud kolagen dalam rumpai laut ni. Kolagen biasanya diperoleh dari sumber vitamin C, macam buah oren..itu pun dalam kuantiti sedikit.

TAPI, kawan2ku...macam biasa, saya buat survey..kawan-kawan yang dah guna. Bila tanya dengan deorang, jawapan positif. Kulit jadi lembut dan tak berjerawat. Mencerahkan? So far tak dengar lagi jawapan tu. hehehe 

Saya pun guna jugak. Yang saya dapat feedback, kulit makin cantik dan berseri sedikit. Itu pun, banyak ngelat..selalu skipped makan. hahahha

Kesimpulannya, rumpai laut ni bukan sumber kolagen tetapi tetap ada khasiatnya. Untuk pengetahuan bersama, masa saya belajar dulu, memang ada facts yang mentioned produk laut jauh lagi berkualiti dari yang darat..dan banyak belum di xplore...

so, balik kepada motif utama menulis. saya menjual, bukan menipu. benda yang harus saya kongsi, saya dah buat pun.

500g = RM25 include postage
1kg = RM30 include postage


siapa berminat...tinggal email..

DIY: Bunga Telur Crepe Paper Part 1

Teaser..kita intai-intai dulu...cubaan kali pertama..next.. mencantumkan..akan ditambahbaik :)


Saturday, April 27, 2013

Shopping Barang Kahwin di Ayer Hitam



Teruja jugak singgah ayer hitam..dah hampir setahun lebih tak menjenguk. Ada banyak shop lot baru..kepada yang nak banyak pilihan, memang ini la tempatnya. tapi kalau yang nak murah, saya tak suggest korang turun Ayer Hitam.

Baik la shopping di KL atau Nilai. Harga riben saya beli di KL 45sen, kat sini harga RM2.50. Riben RM1 di KL, kat sini harga RM4. Mau terkeluaq biji mata tengok..siap tanya untuk kepastian. Tapi, memang itulah harganya. Gile mahal!!!!!!!!!

Kalau cookies jar..kat sini ok..range harga rm.080-1.90. Banyak pilihan...hasil tangkapan saya malam tu..hmmmm...

GAMBAR DI ATAS JE LA. ahahahaha takde yang bekenan. Turun KL lagi bagus.

Tuesday, April 23, 2013

Perlukah berbelanja besar untuk perkahwinan @ wedding??

Hai B2B sekalian.

Pernah terfikir tak pasal isu ni?
Antara yang terlintas dalam fikiran saya bila di propose oleh cik abang sayang..

"berapa budget? sempat ke kumpul? macam mana nak buat belanjawan"

oleh sebab tu, saya google kat internet, tengok macam mana B2B dan X-B2B organize wedding deorang dengan cara masing2. 

selain tu, sambil2 makan kenduri kat majlis kawan2, saya sempat interview jugak..macam mana dengan preparations, budget dan masalah yang deorang hadapi.

jadi, kat sini saya nak share dengan B2B yang terbaca entry nie..

Kesimpulan dari survey saya, rata-rata kos majlis perkahwinan "perempuan" memakan belanja dalam RM22k hingga RM30k...ini yang saya survey untuk tahun 2012 dan 2013.

Ada yang buat majlis di rumah, jemputan sehingga 2000pax, dan di dewan jemptan dalam 1000pax. Jumlah belanja lebih kurang je. Ramai jugak yang cut pada fotografer dan doorgift. Tapi, part makan, memang all out.

Untuk perkahwinan yang terlalu ringkas dengan alasan, "jimat", "tak perlu ikut adat", "janji kawin..".. to me, agak selfish. Tujuan kita buat majlis perkahwinan ini adalah untuk menghebahkab pada orang ramai, meraikan diri sendiri dan keluarga baru serta bersedekah..buat pahala. Benda baik. Kita niat yang baik2 jer.. Biar semua orang yang datang meraikan kita puas hati dengan makanan dan layanan. Bab hiasan, pakaian, doorgift tu...semua boleh kompromi.

Ayat "kahwin hanya sekali..." dah tak boleh diguna pakai..kita boleh berjimat jugak..jimat tapi bukan kedekut. Moto yang saya pakai.. dahulukan yang penting, belanja ikut kemampuan.." hehehehe

Saya punya angan2 tinggi..tapi kalau tak mampu, saya cuba DIY sendiri. Kalau tak mampu jugak..pasrah je la.

Kena beringat juga kehidupan selepas berkahwin..banyak duit nak guna nanti. Tengok balik belanjawan kita..sentiasa update. Makin dekat dengan majlis, jumlah dit digunakan akan bertambah..percayalah. So, bila ada tambah, cuba cut kat part lain. Baru balance...

Tiba-tiba saya tulis entry macam nie..sebab saya stress. Baru simpan duit, dah kena keluarkan untuk belanja itu ini..untuk wedding jugak la. Mula la mencari jawapan untuk soalan kenapa? bagaimana? di mana? hehehehe

Tanya nasihat kawan2 dan orang2 berpengalaman, deorang suruh buat list lagi..tambah tolak balik mana perlu. Jangan terlalu bergantung kepada budget asal. Nanti stress sebab tak jadi seperti dirancang.

Ingat..kita merancang, TUHAN juga yang menentukan. OK, cukup2 la merepeks...daaaaaaaaaaaaaaa.


Sunday, April 21, 2013

Progress

Semalam jalan-jalan kat Alamanda. terjumpa dengan satu benda nie.


Tengok-tengok, ada pulak diskaun 50%. tanpa berfikir panjang, terus grab. berbaloi-baloi..Dah ada bekas untuk letak cincin dan gelang untuk majlis akad nanti.

Eksklusif dengan harga murah ;)

DIY Handbouquet

HAND BOUQUET.

Indah bunyi, rupa pun mestilah indah. Ada 3 handbouquet kena DIY...kalau sempat la. If not, kena buat 2 je.

1) MAJLIS NIKAH: Handbouquet Merah menyala..
credit to bisik2 design

2) MAJLIS RESEPSI: Brooch Handbouquet Purple

3) MAJLIS BERTANDANG: Pearl Handbouquet


Mampu atau tidak??? Huhuhu..aja2 FIGHTING!!!

Sekarang, siapkan bunga telur dan bahan2 dorgifts dulu...


Wednesday, April 17, 2013

Doa untuk Pengantin

Doa ini sesuai kita sedekahkan untuk pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga. 

Boleh juga diletakkan dalam kad kahwin. Lebih banyak doa dan restu daripada saudara dan rakan taulan, itu lebih baik. 

In sha Allah..amin..


Tuesday, April 16, 2013

DJ and Karaoke untuk Wedding

Hari ni, nak share dengan B2B semua pasal DJ pulak. Saya dah cop Shahril Entertainment. Haaa..untuk B2B Perak, boleh la risik2 guna khidmat Shahril Entertainemnt nie. Kawan2 saya memang ramai dah guna khidmat dia, and semua bagi feedback +ve!!!


Ini dia orang nye!!

Actually, dia ni kawan masa sekolah. Sama2 jadi MC, sama2 famous kat sekolah dulu..cewah2. Memang dah nampak bakat dia..talented. So, try la..Saya memang dah sah2 cop dia!!! Pilih tarikh lain yer..heheh dengar cite, bln 5-6 dah fully booked. Siapa cepat dia dapat!!!!


CEPATTTTTTTT. Klik link kat atas kalau nak ke FB beliau!!!!!


Sunday, April 14, 2013

Progress: HASIL TANGKAPAN! RESTOCK!

Seperti yang dijanjikan, dah berjaya beli beberapa barang untuk Wedding Preparations. 7 bulan je lagi..kena kejar laju2 nie, hehe Jum tengok jum! Teruja!!!!



1) Rotary Cutter - Benda ni sangat berguna untuk potong kertas, kain cotton, kain net..potongan sharp. hqrga rm36 je. nak yang brand bagus, cari OLFA.  


2) Button untuk corsage dan rozet. kalau ada nak order kat saya pun boleh, saya tolong belikan. Tapi postage tanggung sendiri la yer.

3) Pin ni pun untuk corsage jugak..

4) Kain net untuk bunga telur

5) Rambu Ramba untuk bantal hantaran 

6) Riben untuk bunga telur..

7) refill gam tembak dengan pembaris tebal+lebar

8) Ini kain untuk bantal hantaran. Kain mahal wo! Kualitas punya..tapi dapat murah sebab remnant.. TIPS, cari kat kamdar, bahagian kain langsir..RM5 per meter je.


8) Pearl, benang dan kain felt. Nak order kain felt, atau nak saya belikan pearl, bolleh aje..postage tanggung sendiri.:)

9) Span untuk bantal hantaran....RM7.50. Mahal la. Ada 1 tempat tu, harga RM5 jer..aduhaiii...

Sticker Paper - Mirrorkote (A4)


Ada sesiapa tak yang nak beli sticker paper? Saya nak let go sticker paper saya 1 pack. Bukan sebab kualiti tak bagus. KUALITI SUPERB! Yang x superb nye..my printer. Buat hal pulak. So, nak taknak terpaksa letgo. Huuuuu~~~

Saiz macam nie, bungkusan pun dalam kotak keras macam nie, takkan rosak bila pos.

Harga asal saya beli RM28. Murah je sebab beli kat kedai borong. Tapi saya nak let go RM25 sahaja. Baru sehelai je guna. Kuantiti ada 99pcs lagi. Saiz A4. Mirrorkote..maksudnye sticker paper yang licin punya (cantik).

Apa korang nak buat dengan benda nih??? Haruslah banyak fungsinya..esp utk B2B. Yang mana ada printer, boleh print sticker sendiri untuk DIY doorgift, kad kawen, TQ tag, Badge dll.
So, siapa nak..tinggal email ye. 1st come 1st serve.


Friday, April 12, 2013

Progress: Beli STOCK!!!!!!

Weekend ni ada misi..untuk update progress wedding preparation. Macam makin slow pulak.. Kita upgrade siket kasi laju...hehe 

Kita terjah jalan TAR dengan PC Fair kat KLCC. Jum ramai2..

Dah buat list...ada 17 Items!!!! banyak kan??? Jum review satu persatu..


1) Ribbon (Light purple, dark purple)
2) Kain Net (Gold)
3) Kain Bantal Hantaran (Grey, Blue, Cream)
4) Kertas 120g (Purple) : 2 ream
5) Ink Printer Black & Color: 1 set
6) Button (colorful) : 1 plastic
7) kain felt (purple, gold)
8) Gunting: 11
9) Pearl: (Putih, Cream, Biru, Pink, peach)
10) Pin corsage
11) benang (Biru, putih, Kuning, Purple, Pink, peach)
12) gam uhu
13) Refill Glue Gun
14) Pembaris lebar
16) Span Untuk bantal hantaran
17) Polyester Fiber



HOHOHOHO  harap mission accomplished menjelang ahad!

So, next week boleh update doorgift, bunga telur, hantaran, corsage . By the way, Ilham untuk photobooth dah ada.. TAKNAK buat guestbook. Saya nak photo frame la..heeeeeee~~~


Daaaaaaaaa...









Thursday, April 11, 2013

DIY Doorgift: Origami Kotak Kertas

Semalam dapat ilham untuk doorgift. Macam menarik..dan terus cuba-cuba buat..ngehee..
Ikuti step by step..senang je. Tak perlu gunting2, gam2..just lipat.
GOOD LUCK, guys :)


Guna kertas A4 yang tebal supaya kotak susah kemek.

Lipat seperti ini.

Potong lebihan.



Hasilnya bentuk segi empat sama.

Lipat setiap penjuru ke bahagian tengah.

Hasil seperti ini.

Kemudian lipat dua.

Lipat lagi dua..bahagian lebih kecil. Hasil akan jadi 4 bahagian lipatan.

Cara untuk jadikan 4 bahagian lipatan.

Buka semula dan tukar arah berlainan.

Ulang kaedah yang sama.

Buka satu sudut lipatan.

Lengkukkan kotak ke dalam mengikut ira bahagian yang dah dilipat.

Bentukkan seperti ini.

Tarik ke dalam dan lipat. Ulang untuk bahagian yang bertentangan,

Hasilnya.

tadaaaaaaaa!!!!





Monday, April 8, 2013

Promotion Photobook PIXAJOY

Morning...assalamualaikum.

Hari ni nak share sesuatu yang sangat best.


cuba korang check PIXAJOY. ada promo photobook. hanya RM10 & RM15 jer. Murah giler.

Saya dah beli 1..kikikiki

Kita kena design sendiri guna template yang PIXAJOY sediakan. Just download je. Tapi ok la..so far, ini paling murah pernah saya jumpa. Kalau gambar tunang, pre wed, post wed, anniversary..ok sangat2 nak diabadikan guna voucher nie.




promo sampai 30 PARIL 2013 sahaja. BERBALOI-BALOI....daaaaaaaaaa!!!!

Thursday, April 4, 2013

PROGRESS

Hai. Nak update progress untuk wedding preparation.

So far, dah start kerah tenaga untuk BUNGA PAHAR, KAD KAHWIN, STICKER DOORGIFT & PRE-WED PHOTOSHOOT.

1) Bunga Pahar
- Dah beli lidi, ribbon, crepe paper, dawai, pelilit hijau
- Belum beli: kain net, tambahan ribbon

2) Kad Kahwin
- Dah order Doily Paper
- Dah design, dalam proses touch up
- Looking for printing company yang murah dan berkualiti
- Belum buat: Kad belah lelaki, beli ribbon(guna lebihan bunga pahar pun boleh) ehehe

3) Sticker
- Dah beli paper shaper
- Dah siap design sendiri dengan jayanya
- Nekad nak print sendiri sebab bukan susah pun. JIMAT.
- Sticker Paper pun dah order..100pcs
- Belum buat: hmmm...tinggal nak print and cut je la. :)

4) Pre Wed Photoshoot
- Dah double confirm tarikh dengan abg fotografer
- Lokasi: Penang
- Waktu: Petang hingga Sunset..wiwitttt!!
- Baju 2 pasang. (T shirt putih ayat comel2, seluar jeans biru) (dress+kemeja..warna tak decide lagi)

Berapa bulan lagi nak kawen??? 8 BULAN...huuu~~~

Tuesday, April 2, 2013

Monogram Stamp

Cop! Cop! Cop!

Mesti ramai B2B yang nak buat jugak kan?
Me too..!!!

Siapa yang nak design kat bawah, sila lah save yer. Kalau nak monogram ori..email saya.
No problem at all..

Nanti, boleh add nama/text menggunakan www.bannerfans.com

sangat best taw guna website nie..memudahkan kerja. banyak pilihan jugak.

GOOD LUCK!!!