counting days

Followers B2B

Thursday, June 27, 2013

Doorgift: Pocket Yasin

Alhamdulillahhh....doorgift saya dah siapp!! yeah!! 
comel lak tue..aduhai..jatuh cinta. Saya nak bagi customized pocket yasin (DIY), kekacang+kurma dari arab dan rempah ratus...kos??? dalam rm1.50 each. So far, yasin dan sticker yang dah siap. Uncang kain net beli nak dekat2 wedding nanti. Kekacang dan rempah ratus pun sama. Mula-mula ingat nak letak dalam box yang saya jual tu, tapi tak muat pulak...



Pocket yasin nie, saya tempah online jer. Saiz 4x3"...hasilnya memang marvelous. Saya tempah 1000keping.  Majlis khatam, berinai, nikah, sanding..semua bagi yasin jer..senang citer. Untuk non muslim, saya standby choc untuk deorang..tapi, tak ramai pun kawan2 non muslim. Yang penting, semua yang datang meraikan, akan dapat ole2 yang sama..tak kira pangkat atau status. heeee~~

Untuk rombongan pengantin lelaki, bagi extra..kacang putih ipoh mali..kita promote ipoh siket. hehe tengok lah macam mana. Masih dalam perancangan lagi..

Tuesday, June 25, 2013

Gigi oh Gigi

Perasan tak, kebanyakkan wanita yang nak berkahwin, mesti akan pakai braces..hehehe saya pun salah seorang daripadanya, kawan2 bloggers pun ada 2,3 orang yang macam tu.. Yang lelaki, tak ramai sebab deorang tak kisah sangat pasat gigi..kikiki

GIGI. sangat-sangat mempengaruhi rupa paras kita. Kalau rupa tak berapa nak cantik, tapi senyum manis, gigi lawa..dah cukup dah. Serius..itu la pemanis, penyeri wajah.

KOS: sekarang, kos paling murah nak pakai braces atas bawah pun, RM4k.. tapi boleh bayar ansur2..

JENIS BRACES: ada macam2 jenis tau, ikut problem gigi jugak. Jenis metal, self ligating, seramik..macam2. Cepat atau lambat gigi bergerak bergantung kepada force dan kadar pertumbuhan tulang individu.


seramic braces..macam tak nampak je kan..mahal nie..

metal braces, jenis yang biasa..boleh pakai getah colorfull..

self ligating..teknik baru..yang ni paling tak sakit.

PROBLEM GIGI: Ada yang jongang atas, jongang bawah, gigi bertindih, gigi jarang, gigi tak teratur..



Saya menulis bukan sebagai doktor gigi, tapi sebagai si pemakai braces. Sebenarnya, pakai braces tak la sakit mana pun. Bila doktor ketatkan dawai, barula rasa sengal-sengal. Tu pun dalam beberapa hari je. Dah lama pakai, dah biasa pun. Mula-mula dulu, sebutan H, S pun problem..hahaha sekarang dah ok dah.

TIPS pakai BRACES:

1- Kena rajin floss..rajin gosok gigi..
2- Kurangkan makan makanan keras2..takut dawai bengkok.
3- jangan postpone appointment..selalunya, appointment kita diatur ikut treatment, pergerakan gigi jugak..
4- Banyak minum air supaya mulut tak kering.
5- Jangan lupa scaling gigi ikut time..



Monday, June 10, 2013

Progress: 5 months 26days

Update! Update!

Seminggu kami keluar ngedate..akhirnya, ada progress. 5 bulan je lagi..dah mula rasa nebes huhu

Barang hantaran dan doorgif:
1) Kasut lelaki- Done
2) Perfume lelaki- Done
3) Handbag Perempuan - Done
4) Perfume perempuan - Done
5) Kemeja lelaki - Done
6) Print yasin (doorgifts) - Done

Masih belum settle..aduhai

1) Tiket flight
2) Booking henna
3) Booking hotel majlis bertandang
4) Booking kompang
5) Booking marhaban
6) Baju family-resepsi

Thursday, June 6, 2013

Pre-Wedding Photoshoot: Beach

Ahaks..ini antara yang dapat share..walaupun penang hujan..alhamdulillah, petang tu, mendung2 jer..matahari pun nampak siket2..berjaya jugak kami buat photoshoot. Tq pada kawan-kawan kat penang dan abg2 OP..gambar memang cun. Tak sabar tunggu gambar-gambar lain..






DIY Bunga Telur Crepe: Part 4 (Style 2)

Ini cara kedua untuk buat bunga telur crepe..


BAHAN-BAHAN:

2 RIBBON 4 KELOPAK, 2 RIBBON 2 KELOPAK.

RANTAI, LIDI, KAIN NET TELUR

BUNGA CREPE SIAP, PITA PELEKAT HIJAU

POLISTERIN

CARA-CARA:
 Step 1: Lilit pita pelekat pada bahagian atas lidi dahulu..untuk bagi bunga melekat dengan kuat. 

Step 2: Cantumkan bunga pada lidi...lilitkan dengan pita pelekat

Step 3: Letakkan ribbon 4 kelopak di sebelah kanan..

Step 4: Letakkan Ribbon 2 kelopak di tengah-tengah kelopak ribbon pertama tadi... 

Step 5: Hasilnya seperti ini...

 Step 6: Ulang cara yang sama untuk sebelah kiri bunga pula...

Step 7: Lilitkan pita pelekat terus hingga ke bawah lidi..

Step 8: Lekatkan rantai dan bunga net bersama seperti dalam gambar..seterusnya, lilitkan  pita pelejat sehingga bawah lidi.

 Step 9: Ini hasilnya..adjust ribbon dan bunga bagi center.

Step 10: Dah banyak-banyak macam nie, nampaklah penuh..ribbon senget siket pun xper..

Step 11: Simpan dalam kotak elok-elok..

.


DIY Bunga Telur Crepe: Part 3 (Cantumkan bunga)

Hari nie, nak tunjuk cantum bunga style 1 dulu..maaf, demo guna bunga tissue biasa jer..nama pun demo kan. hehe

macam dalam entry sebelum nie, kat sini.. ikat ribbon dah belajar cara ikat ribbon..kita sambung guna ribbon tu yer..

Bahan-bahan diperlukan....
2 ribbon 6 kelopak

2 ribbon 2 kelopak..yang biasa punya

Step 1: cantumkan ribbon 6 kelopak di bahgian kiri bunga...

Step 2: Cantumkan ribbon 6 kelopak di bahagian kanan bunga pula..

Step 3: hasilnya seperti ini..

Step 4: Di bahagian tengah, masukkan ribbon 2 kelopak..

Step 6: Masukkan ribbon 2 kelopak di bahagian tengah sebelah lagi..

Step 7: hasilnya begini lah..tadaaaaaaa!!

Step 8: Nampak penuh ribbon di bawha bunga


Selamat Mencuba. :)