counting days

Followers B2B

Wednesday, October 30, 2013

Progress 1month 7 days to go

Lama tak update progress persiapan untuk wedding ku. Sangat 1000x busy sampai tak sempay nak jenguk blog pun. So far, banyak dah settle. Problem utama pun dah berjaya atasi.

Settled:

1) Venue Majlis
2) Wedding Card
3) Gift untuk kawan2
4) Bunga telur
5) Bunga pahar
6) Baju family
7) Barang Hantaran lelaki dan perempuan (tak masuk makanan)
8) Cincin+Barang Kemas
9) Poster + Guest Book
10) Booking marhaban, semerih, tok kadi, homestay, tiket flight, ais krim, char kuey tiaw, make up utk malam berinai.

Akan dibuat ASAP:

1) Button Badge
2) Veil
3) Hand bouquet
4) Centerpiece
5) Doorgifts
6) Hantaran
7) Tempah baju tunang
8) Booking henna
9) Tempah Sate
10) Cari sponsor untuk food (hantaran)
11) Fitting baju
12) Edar kad jemputan

Photo Booth

Plan asal, macam nak buat. Then, CANCEL. Sekarang buat balik. hahahah tak istiqamah. Groupon buat promo print poster..memang tak lepas peluang la. Sampai 12 keping wo.. Takyah nak canvas2 bagai..poster cukup. Pandai-pandai la nak hias nanti. Gantung2 kat tali pun lawa jugak. Antara poster yang di print...kikikiki





Hmm..Guest Book pun dah order..tunggu masa nak sampai.. cute jer. Nanti akan di upload hokeh =)

Badge Button KU

IN THE MAKING... wahhhhh..teruja sebab dapat buat sendiri. Memang plan nak siapkan dalam bulan 11. Kalau buat awal sangat, takde feel pulak menjelang majlis. Hasilnya... TARAAAA!!! berbaloi buat sendiri. Harga kos 65 sen jer untuk each badge.

Kad Kahwin DIY Dah Siap...

Akhirnya, siap jugak kerja-kerja DIY Kad Kahwin.. pihak lelaki dah lama selesai. Untuk belah saya yang tertangguh gara-gara kes tukar tempat. Hasilnya...taraaaaaaaaa!!! Puas hati. Simple. Murah. Penuh Kasih Sayang. total duit yang dikeluarkan untuk sekeping kad 0.38sen. hihihi

Dah boleh edar + posto2 minggu nie.. Alhamdulillah =)

Thursday, October 10, 2013

Tempat Ujian HIV untuk Bakal Pengantin a.k.a Raja Sehari

Excited! Excited! Nak isi borang nikah..kena isi cepat-cepat kalau nak booking tok kadi. Semua benda kena booking sekarang, termasuk la TOK KADI. lucu pulak. hehe

Tak sempat nak balik buat kat Ipoh. So, cari la info pusat-pusat kesihatan yang ada menawarkan khidmat ini..valid untuk kahwin ye. Bukan untuk ujian saringan biasa..khas untuk bakal pengantin (walaupun sebenarnya konsep sama je).

Prosedur:

Aku cerita sikit macam mana proses nak buat ujian HIV ni.

Langkah 1 : Pergi ke kaunter pertanyaan/pendaftaran yang ada di klinik. Cakap macam ni " saya nak buat Ujian HIV " . Dia akan kasi borang untuk korang isi. Ala isi nama, alamat bla..bla..bla..

Langkah 2 : korang perlu bayar RM 1.00 sahaja

Langkah 3 : Dia akan minta korang bawa borang yang diisi tadi untuk di bawa ke makmal. Nanti korang perlu letak borang tu dalam bakul. Kalau tak tau nak letak dekat mana tanya orang yang ada kat dalam makmal tu. 

Langkah 4 : semasa di langkah 1 tadi korang akan diberi nombor giliran. tunggu nombor korang dipanggil.

Langkah 5 : bila dah dipanggil dia akan tanya . "NAMA? " kemudian dia akan amek darah, macam nak check kencing manis..cucuk siket je kat jari. bukan macam nak check denggi yer..huuu Tunggu sehingga nama korang dipanggil lagi sekali apabila result dah keluar.

Langkah 6 : bawa result tersebut di kauter utama tadi. dia akan tunjuk kat mana korang perlu bawak keputusan tu. kemuadian borang tu perlu diletak dalam bakul jugak. tunggu sehingga nama korang dipanggil.

Langkah 7 : bila dah panggil amek keputusan dan dah selesai! Selesai kije kiter..boleh balik..submit. kikiki hip2 hoorey!

Jum share..pilih tempat mana korang nak buat..

KL:


MASA : 2.00 petang - 4 .30 petang ( HARI : ISNIN – JUMAAT)
MASA : 2.45 petang – 4.30 petang ( HARI : JUMAAT)

Jabatan Kesihatan DBKL – 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
KM 4, Jln. Cheras, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur – 03 26155752
Hospital Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Putrajaya – 03 88883057
No. 1, Jln. Presint 9E, Putrajaya


Poliklinik Komuniti Tanglin – 03 26983311
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras – 03 91304583
Batu 4 ½, Jln. Cheras, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Cheras Baru – 03 42946114
Jln. 16, Kg. Ch eras Baru, Off Jln. Ku ari

Klinik Kesihatan Batu – 03 62573355
Batu 4 ½, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia – 03 77829355
Batu 6, Jln. Puchong, Kuala Lumpu r

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat – 03 42573333
Jln. Jelatek, Dato’ Keramat, Ku ala Lumpur

Klinik Kesihatan Kampung Pandan – 03 92810272
Jln. Kg. Pandan, Kuala Lumpur

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar – 03 22881071
Blok C, Wisma Ghoshen, Plaza Pantai, Off Jln. Pan tai Baru, KL

Klinik Kesihatan Jinjang – 03 62583355
No 2, Jln. 4/16, Jinjang Utara Tamb ahan, kl

Klinik Kesihatan Setapak – 03 41425429
No. 26/28, Jln. 9/23A, Medan Makmur, Setapak, KL

Klinik Kesihatan Sentul – 03 40427557
189 , Jln Perhentian, Off Jln. Hj. Salleh, Sentul, KL

Klinik Kesihatan Sungai Besi – 03 90585464
Jalan Besar, Sungai Besi, KL

Klinik Kesiha tan Bandar Tun Razak – 03 91713333
No. 16&18 Jln. Jujur 3 , Bdr. Tun Razak, KL